Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH UNIT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak mempelawa warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Jawatan Berasaskan Caruman di pelbagai  jabatan. Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

Bil.

Jawatan

1.

Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam), Gred JA19

2.

Pembantu Kemahiran, Gred H19

3.

Pembantu Akauntan, Gred W19

4.

Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W19

5.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19

6.

Pemandu Kenderaan, Gred H11

7.

Pembantu Awam, Gred H11

8.

Pembantu Operasi, Gred N11

9.

Penghantar Notis, Gred N11



CARA MEMOHON

 
Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my dan pemohon juga diwajibkan untuk memuat naik salinan sijil lahir, salinan Sijil Rendah Pelajaran(SRP)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)(yang mana berkaitan).
 
NOTA

            Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan dimuat naik di dalam sistem e-recruitment.
 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Jun 2024.

 
Iklan dikeluarkan oleh:
 
Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
 
Jabatan Premier Sarawak
 
Tingkat 11, Wisma Bapa Malaysia
 
93502 Kuching, Sarawak