PEMBANTU OPERASI
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PELAKSANA
1 HINGGA 3 TAHUN
N11
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di
Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah
memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM1,216.00); atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas
B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen
Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan: RM1,262.15).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian
Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
-
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Operasi, Gred H11, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.