PEMBANTU AWAM
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PELAKSANA
1 HINGGA 3 TAHUN
H11
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di
Sarawak dan
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki
kelayakan
seperti berikut:-

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM1,218.00).

(Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan
Cemas serta
berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon
perlu memiliki
perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian
Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Awam, Gred H11, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.