Butiran Pengumuman
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH LEMBAGA SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NREB), SARAWAK
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) mempelawa warganegara Malaysia yang merupakan warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Jawatan Berasaskan Caruman. Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut:
| Bil. | Jawatan | Gred | Bilangan Kekosongan |
| 1. | Pembantu Khidmat Am (Pembantu Awam) | H1 | 1 (Ibu Pejabat) |
CARA MEMOHON
Pemohon diwajibkan untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui e-Recruitment (https://erecruitment.sarawak.gov.my)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan di atas hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 November 2025 (Sabtu).
Iklan dikeluarkan oleh:
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak