PEMBANTU KHIDMAT AM
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PELAKSANA
1 HINGGA 3 TAHUN
H1
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

(ii)
Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00);
dan

(v) Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas (jika melaksanakan tugas atau mana-mana gabungan tugas seperti di perenggan 1(b)).

(b)(i) Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan; atau

(ii) Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; atau

(iii)
Bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia; atau

(iv) Bagi tugas pengendalian dandang, calon perlu memiliki sekurang-kurangnya Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta berkebolehan mengendalikan loji pembakaran dalam 40-100 kuasa kuda atau loji stim/dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi mana yang berkenaan; atau

(v) Bagi tugasan menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas dan berkebolehan berenang.

Pembantu Khidmat Am Gred H3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Khidmat Am Gred H4 yang kosong apabila telah:

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut bidang tugas yang akan dijalankan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Khidmat Am, Gred H1, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.