Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU (BDA)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan bermastautin di Sarawak, berumur 18 tahun ke atas dari tarikh permohonan, serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan bertaraf Tetap dan Berpencen seperti berikut di LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU (BDA):-

Bil. Jawatan Gred
1 Akauntan WA41
2 Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
3 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
4 Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
5 Penolong Jurutera JA29
6 Penolong Pegawai Tadbir N29
7 Pembantu Kesihatan Awam U19
8 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
9 Pembantu Penguat Kuasa KP19
10 Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
11 Pembantu Awam H11

CARA MEMOHON

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan secara online melalui e-Recruitment. 

Untuk makluman lanjut mengenai kekosongan jawatan, sila layari laman sesawang http://www.bda.gov.my dan permohonan boleh dibuat melalui http://erecruitment.sarawak.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2021

 

Iklan dikeluarkan oleh:

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)