PENGAWAL KESELAMATAN
TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
PELAKSANA
1 HINGGA 3 TAHUN
KP11
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak
dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM1,205.00); atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis
Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan
tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan: RM1,205.00).
dan
(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) (tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) (berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa
menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) hendaklah lulus Bahasa
Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

-
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pengawal Keselamatan, Gred KP11, adalah
tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan
yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.