PENOLONG PEGAWAI VETERINAR
TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
PELAKSANA
1 HINGGA 3 TAHUN
G29
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau

(ii) diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,923.06).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
-
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar, Gred G29, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.