PEGAWAI PERTANIAN
TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
1 HINGGA 3 TAHUN
G41
Calon-calon bagi lantikan hendaklah wargenegara Malaysia yang bermastautin Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM2,390.37); atau

(ii)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM2,492.57).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Pertanian, Gred G41, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.