Pegawai Geosains
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
1 HINGGA 3 TAHUN
C9
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Kaji Bumi, Geofizik, Fizik (Geofizik), Kaji Bumi (Geofizik) atau Kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C9: RM2,580.00); atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Perlombongan, Mineral atau Kaji Logam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C9: RM2,690.00).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Geosains adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Geosains Gred C9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a. i. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
b. had umur pelantikan:
i.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang
umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii.berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii.berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Geosains, Gred C9, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.