PEMBANTU VETERINAR/PENOLONG PEGAWAI VETERINAR
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
1 HINGGA 3 TAHUN
G1/G5
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G1
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,561.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,622.00).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G5
(b) (i) Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,731.00); atau
(ii) Diploma Veterinar, Diploma dalam bidang Kesihatan
Haiwan dan Penternakan atau Sains Veterinar yang
diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM2,055.00).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar, Gred G1/G5, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.