PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PELAKSANA
1 HINGGA 3 TAHUN
W1
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam
subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan
pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan
Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,561.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,561.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan
Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,622.00); atau
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,622.00).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-
kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W1, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.