PEGAWAI PENGUAT KUASA
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
1 HINNGA 3 TAHUN
KP9
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,250.00);
atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-
kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan
Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan
dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,250.00);
atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf
oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,470.00);
atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf
oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,580.00).
(b) Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
(i) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang
Hortikultur, Pemakanan atau Ijazah Sarjana Muda
Sains Perikanan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana
Muda Sains Pertanian dengan Kepujian atau Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian
yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,580.00);
atau
(ii) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah Ilmu
Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,910.00).
252/472
dan (c) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera
seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan
1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan
46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di
antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada
yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas
(lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan
yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa
menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh
pengamal perubatan yang berdaftar.

Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(iii), 1(a)(iv),
1(b)(i) dan 1(b)(ii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-
kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong
Pegawai Penguat Kuasa dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB5,
AB6, AB7 atau AB8 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan
ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP9, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56
tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan
bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun;
atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan
bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa , Gred KP9, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.