AKAUNTAN
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
1 HINGGA 3 TAHUN
WA9
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh
Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA9: RM3,020.00);
atau
(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas
Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA9: RM3,020.00);
atau
(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan
Malaysia (MIA).
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA9: RM3,020.00).
[Senarai Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
Kerajaan di perenggan 1(a)(ii) adalah seperti di
Lampiran B11B].

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-
kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong
Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan
Akauntan Gred WA9, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56
tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan
bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun;
atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan
bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Akauntan, Gred WA9, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.