PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PELAKSANA
1 HINGGA 3 TAHUN
S1
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
ï‚·Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; sertaï‚·Lulus dalam subjek Bahasa Arab, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil KemahiranMalaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,561.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil KemahiranMalaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,622.00).
Pembantu Hal Ehwal Islam yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S5 atau Penghulu Gred NP5 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam, Gred S1, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.