PEMBANTU PERIKANAN
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PELAKSANA
1 HINGGA 3 TAHUN
G1
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,561.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,622.00).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Perikanan, Gred G1, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.