PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PELAKSANA
1 HINGGA 3 TAHUN
G5
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,650.00); atau
(ii) Diploma Pertanian, Diploma dalam bidang Hortikultur,
Bioteknologi, Perniagaan Tani, Pengeluaran Makanan,
Agroteknologi/Teknologi Pertanian yang diiktiraf oleh
Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,974.00); atau
(iii) Diploma Kejuruteraan dalam bidang Pertanian yang
diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM2,055.00).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian, Gred G5, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.