PEGAWAI PERTANIAN
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
1 HINGGA 3 TAHUN
G9
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang
Kimia, Biokimia, Pertanian, Hortikultur, Bioindustri,
Bioteknologi, Perniagaan Tani, Pengeluaran Makanan,
Teknologi Makanan, Teknologi Pertanian, Agroteknologi
atau bidang berkaitan atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Makanan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,580.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Pertanian
atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G9: RM2,690.00).
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong
Pegawai Pertanian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan
Pegawai Pertanian Gred G9, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Pertanian, Gred G9, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.