PENOLONG PEGAWAI TADBIR
TETAP/JAWATAN BERASASKAN CARUMAN
PELAKSANA
1 HINGGA 3 TAHUIN
N5
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau

(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau

(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,893.00).
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Penghulu, Penolong Pegawai Tanah, Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N5, N6, N7 atau N8 dan Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Gred NT5, NT6, NT7 atau NT8 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b)had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Gred N5, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.