PENOLONG PEGAWAI TADBIR, N32
TETAP
PELAKSANA
1 HINGGA 3 TAHUN
N32
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM2,844.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM2,844.00); atau

(iii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM2,844.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir N36 yang kosong apabila telah:

a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Gred N32, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.