Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak mempelawa pemohon daripada anak kelahiran Negeri Sarawak atau warganegara Malaysia yang berdomisil di Sarawak atau yang bermastautin secara tetap di Sarawak yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan - jawatan berikut di pelbagai Kementerian dan Jabatan :


Bil Jawatan Gred SSPA Taraf Jawatan
1. Akauntan WA9 Jawatan Berasakan Caruman (JBC)
2. Penolong Akauntan W5
3. Pembantu Tadbir ( Kewangan ) W1

 

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my

  •  Memiliki Sarawak Pass dengan mendaftar di https://sarawakpass.sarawak.gov.my/
  •  Mewujudkan akaun peribadi dalam e-Recruitment bagi permohonan pertama kali.
  •  Mengemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun dalam e-Recruitment.
  • Memohon jawatan yang diminati berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki.

SYARAT KELAYAKAN

Tertakluk kepada jenis jawatan yang dipilih, pemohon diwajibkan memiliki kelulusan yang ditetapkan ( sila rujuk dalam laman web e-Recruitment)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:-
 
i.  
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gredd C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

ii.  Manakala bagi calon Unified Examination Certificate (UEC) hanya perlu lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke dalam Perkhidmatan Awam Sarawak.

Tarikh tutup iklan         : 24 Februari 2026

Iklan dikeluarkan oleh : Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak