Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) mempelawa pemohon daripada anak kelahiran Sarawak atau warganegara Malaysia yang berdomisil di Sarawak atau yang bermastautin secara tetap di Sarawak yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-

Bil Jawatan Gred  Taraf Jawatan Stesen Kekosongan
1. Pembantu Pustakawan S1 Tetap Pihak Berkuassa Tempatan (PBT) di pelbagai Bahagian di Sarawak
2. Pembantu Makmal C1 Kementerian/Jabatan/ Pejabat Residen dan Daerah di pelbagai Bahagian di Sarawak
3. Pembantu Perikanan G1
4. Pembantu Ehwal Ekonomi E1
5. Pembantu Muzium S1
6. Pembantu Veterinar G1
7. Pembantu Syariah LS1

CARA MEMOHON

 

      i.       Memiliki SarawakPass dengan mendaftar di https://sarawakpass.sarawak.gov.my/
    ii.       Wujudkan akaun peribadi dalam eRecruitment bagi permohonan pertama kali.
    iii.      Mengemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun dalam eRecruitment.
    iv.      Memohon jawatan yang diminati berdasarkan kelayakan akademik yang dimililki.

 

SYARAT KELAYAKAN

Tertakluk kepada jenis jawatan yang dipilih, pemohon diwajibkan memiliki kelulusan yang ditetapkan ( sila rujuk dalam laman web e-Recruitment)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:-
 
i.  
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gredd C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.


Tarikh Tutup Iklan       : 21 Februari 2026

Iklan dikeluarkan oleh :

Setiausaha, 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak