Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH JABATAN PERTANIAN SARAWAK

Jabatan Pertanian Sarawak mempelawa pemohon daripada anak kelahiran Negeri Sarawak atau warganegara Malaysia yang berdomisil di Sarawak atau yang bermastautin secara tetap di Sarawak  yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

Bil.

Jawatan

Gred SSPA

Taraf Jawatan

1.

Pegawai Pertanian

G9






Jawatan Berasakan Caruman (JBC)

 

 

 

2.

Pegawai Perikanan

G9

3.

Pegawai Penyelidik

Q9

4.

Pegawai Ehwal Ekonomi

E9

5.

Penolong Pegawai Pertanian

G5

6.

Penolong Pegawai Penerangan

S5

7.

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

S5

8.

Penolong Juruukur Bahan

JA5



 

CARA MEMOHON

Semua pemohon hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my

  •  Memiliki Sarawak Pass dengan mendaftar di https://sarawakpass.sarawak.gov.my/
  •  Mewujudkan akaun peribadi dalam e-Recruitment bagi permohonan pertama kali.
  •  Mengemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun dalam e-Recruitment.
  • Memohon jawatan yang diminati berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki.

SYARAT KELAYAKAN

Tertakluk kepada jenis jawatan yang dipilih, pemohon diwajibkan memiliki kelulusan yang ditetapkan (sila rujuk dalam laman web e-Recruitment)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Manakala bagi calon Unified Examination Certification (UEC) hanya perlu lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Tarikh Tutup Iklan        : 15 Feburari 2026.
Iklan dikeluarkan oleh  : Jabatan Pertanian Sarawak