Butiran Pengumuman

 

NOTIS JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak mempelawa warganegara Malaysia yang merupakan warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Jawatan Berasaskan Caruman di jabatan. Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

Bil Jawatan
1. Pegawai Syariah, Gred LS9

 

CARA MEMOHON

  •  Memiliki Sarawak Pass dengan mendaftar di https://sarawakpass.sarawak.gov.my/
  •  Mewujudkan akaun peribadi dalam e-Recruitment bagi permohonan pertama kali.
  •  Mengemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun dalam e-Recruitment.
  • Memohon jawatan yang diminati berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki.

SYARAT KELAYAKAN
Syarat - syarat kelayakan lantikan ke skim perkhidmatan Pegawai Syariah, Gred LS9 adalah seperti berikut:

       i. Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakn yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
      ii. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Syariah atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam (Syariah) dan Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan di atas hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Februari 2026 (Sabtu).


Iklan dikeluarkan oleh:

Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak
Tingkat 5, Bangunan Mahkamah Syariah
Anjung Kanan, Jalan Satok
93400 Kuching