Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH UNIT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak (UPPSM) mempelawa pemohon daripada anak kelahiran Sarawak atau warganegara Malaysia yang berdomisil di Sarawak atau yang bermastautin secara tetap di Sarawak yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-

Bil.

Jawatan

Gred SSPA

Taraf Jawatan

1.

Pegawai Tadbir

N9

Jawatan Berasaskan Caruman (JBC)

 

 

2.

Penolong Pegawai Tadbir

N5

3.

Setiausaha Pejabat

N5



CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my 
  1.  Memiliki SarawakPass dengan mendaftar di https://sarawakpass.sarawak.gov.my
  2. Mewujudkan akaun peribadi dalam e-Recruitment bagi permohonan pertama kali.
  3. Mengemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun dalam e-Recruitment.
  4. Memohon jawatan yang diminat berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki.
SYARAT KELAYAKAN

     Tertakluk kepada jenis jawatan yang dipilih, pemohon diwajibkan memiliki kelulusan yang ditetapkan (sila rujuk dalam laman web e-Recruitment).

SYARAT KELAYAKAN
  1.  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia )SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setraf dengannya oleh Kerajaan.

  2. Manakala bagi calon Unifies Examination Certificate (UEC), hanya perlu lulus Bahasa Melayu (BM) di peribgkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke dalam Perkhidmatan Awam Sarawak.

Tarikh Tutup Iklan           :       11 Januari 2025

Iklan dikeluarkan oleh    :        Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
 
Dokumen
IKLAN UPPSM
Muat Turun