Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH PERBADANAN KEMAJUAN PERUSAHAAN KAYU SARAWAK (PUSAKA)

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut di Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

Bil. Jawatan/Gred Jumlah Kekosongan/Taraf Jawatan
1. Pereka, Gred B1 1 (Tetap dan Berpencen) 

Semua pemohon hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui sistem e-recruitment, (https://erecruitment.sarawak.gov.my).

Calon-calon WAJIB memuatnaik salinan dokumen - dokumen seperti berikut di bahagian 'Muat Naik Dokumen' dalam sistem e-recruitment:-
  1. Kad Pengenalan (depan & belakang);
  2. Sijil SPM;
  3. Sijil Kemahiran (mana berkaitan);
  4. Sijil Diploma & Transkrip Akademik / STPM / Matrikulasi (mana berkaitan); dan
  5. Sijil Ijazah Sarjana Muda & Transkrip Akademik (jika berkaitan);
  6. Lesen Memandu yang sahlaku (untuk jawatan Pemandu sahaja)
Sila pastikan semua dokumen yang dimuatnaik adalah jelas.

Hanya permohonan yang lengkap serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan disenaraikan pendek dan pemohon yang dipilih untuk sesi temu duga sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon-pemohon tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup, permohonan ini dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan: 10 November 2025. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.