Butiran Pengumuman
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH JABATAN PERKHIDMATAN PEMBENTUNGAN SARAWAK
Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak mempelawa pemohon daripada anak kelahiran Sarawak atau warganegara Malaysia yang berdomisil di Sarawak atau yang bermastautin secara tetap di Sarawak yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan - jawatan seperti berikut :
|
Bil. |
Jawatan |
Gred SSPA |
Taraf Jawatan |
|
1. |
Penolong Jurutera (Awam, Mekanikal) |
|
Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) |
CARA MEMOHON
Semua pemohon hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my
- Memiliki Sarawak ID dengan mendaftar di https://sarawakid.sarawak.gov.my
- Mewujudkan akaun peribadi dalam e-Recruitment bagi permohonan pertama kali.
- Mengemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun dalam e-Recruitment.
- Memohon jawatan yang diminati berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki.
Syarat Kelayakan
Tertakluk kepada jenis jawatan yang dipilih, pemohon diwajibkan memiliki kelulusan yang ditetapkan (sila rujuk dalam laman web e-Recruitment)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
- Calon bagi lantikan di atas hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Manakala bagi calon Unified Examination Certificate (UEC), hanya perlu lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke dalam Perkhidmatan Awam Sarawak
TARIKH TUTUP IKLAN
Tarikh tutup iklan adalah pada 16 Oktober 2025 (Khamis)
Iklan dikeluarkan oleh:
Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak