Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN (HDC)

Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang  yang  berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan bertaraf Tetap seperti berikut:

Keutamaan adalah diberikan kepada calin-calon yang menetap di bahagian atau kawasan berdekatan dengan penempatan kekosongan jawatab-jawatan yang dijadualkan seperti di bawah:

Bil Jawatan Gred SSPA Penempatan/Bilangan Kekosongan Taraf Jawatan
1. Pembantu Tadbir (Kewangan) W1 Pejabat Wilayah Kawasan Tengah (PWKT, Sibu) 
1 kekosongan
Tetap
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1 Ibu Pejabat Kuching 
5 kekosongan
3. Pembantu Khidmat Am (Am/Pemandu) H1 Ibu Pejabat Kuching
- Am (3 kekosongan)
- Pemandu (1 kekosongan)

Pejabat Wilayah Kawasan Tengah (PWKT, Sibu) 
-Am (1 kekosongan)

 

CARA MEMOHON

a)  Semua pemohon hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web : https://erecruitment.sarawak.gov.my

b)  Pemohon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak tidak perlu mengemukakan permohonan baru sekiranya pendaftaran tersebut masih sah, mereka hanya perlu memohon secara talian (online) dengan mengisi nombor iklan dan nama jawatan.

c)  Selain itu, semua pemohon juga dikehendaki menghantar SATU SALINAN DOKUMEN (HARDCOPY) seperti berikut:-

  •  Salinan Resume beserta Cover Letter;
  •  Sekeping gambar berukuran passport;
  •  Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
  • Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan;
  • Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan; dan
  • Salinan Sijil-sijil lain dan dokumen berkaitan yang telah disahkan.

   Salinan dokumen tersebut hendaklah DIHANTAR kepada:

                                                                            KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
                                                       PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN (HDC)
                                                                   WISMA SULTAN TENGAH, JALAN SUKMA
                                                                  PETRA JAYA, 93050 KUCHING, SARAWAK

                                                                         (U.P: SEKYEN SUMBER MANUSIA)           

Sila pastikan NAMA JAWATAN YANG DIMOHON, diikuti di dalam kurungan NAMA PEMOHON ditulis di sebelah sudut kanan sampul surat permohonan ini. Contoh: "Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1 (Mohd Ali bin Omar)".

d)  Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga;
e)  Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temu duga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon;
f)  Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya;
g)  Permohonan daripada pegawai-pegawai kerajaan, Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama Salinan Penyata Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi (3 tahun terakhir) dan Laporan Sulit daripada majikan;
h)  Penempatan calon adalah tertakluk kepada keperluan dan perubahan dari semasa ke semasa; dan
i)  Permohonan akan dibuka bermula pada 22 September 2025 (12:00 tengahari). Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 september 2025 (5:00 petang). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.


SYARAT KELAYAKAN

Tertakluk kepada jenis jawatan yang dipilih, pemohon diwajibkan memiliki kelulusan yang ditetapkan (sila rujuk dalam laman web e-Recruitment)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

 

  •  Calon bagi lantikan di atas hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  •  Manakala bagi calon Unified Examination Certificate (UEC), hanya perlu lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke dalam Perkhidmatan Awam Sarawak.

 

Tarikh Tutup Iklan                :   30 September 2025 (Selasa)

Iklan dikeluarkan oleh         :  Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC)