Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN PEMBANGUNAN BANDAR

Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar mempelawa warganegara Malaysia yang merupakan warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dibawah. Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

Bil. Jawatan Gred Jumlah Kekosongan
1. Pegawai Geosains C9 1
2. Jurutera J9 1
3. Pegawai Penguat Kuasa KP9 1
4. Penolong Pegawai Geosains C5 2
5. Penolong Jurutera JA5 2

CARA MEMOHON

  •  Memiliki Sarawak ID dengan mendaftar di https://sarawakid.sarawak.gov.my
  •  Mewujudkan akaun peribadi dalam e-Recruitment bagi permohonan pertama kali.
  •  Mengemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun dalam e-Recruitment.
  • Memohon jawatan yang diminati berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan di atas hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Oktober 2025 (Khamis).

 

Iklan dikeluarkan oleh:

Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar