Butiran Pengumuman

 

NOTIS JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak mempelawa warganegara Malaysia yang merupakan warganegara Malauysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Jawatan Berasaskan Caruman di jabatan. Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

Bil Jawatan
1. Penolong Pegawai Syariah, Gred LS5
2. Pembantu Syariah, Gred LS1

 

CARA MEMOHON

  •  Memiliki Sarawak ID dengan mendaftar di https://sarawakid.sarawak.gov.my
  •  Mewujudkan akaun peribadi dalam e-Recruitment bagi permohonan pertama kali.
  •  Mengemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun dalam e-Recruitment.
  • Memohon jawatan yang diminati berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki.

SYARAT KELAYAKAN
Tertakluk kepada jenis jawatan yang dipilih, pemohon diwajibkan memiliki kelulusan seperti butiran berikut:

Jawatan di Bil. 1:

       i. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau.
      ii. Diploma dalam bidang Pengajian Islam (Syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh  Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Jawatan di Bil. 2:

      i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta; atau
     ii. Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
    iii. Lulus dalam subjek Bahasa Arab, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan di atas hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mei 2025 (Ahad).


Iklan dikeluarkan oleh:

Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak
Tingkat 5, Bangunan Mahkamah Syariah
Anjung Kanan, Jalan Satok
93400 Kuching