Butiran Pengumuman
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang merupakan anak kelahiran Negeri Sarawak atau yang bermastautin di Sarawak atau penduduk tetap Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-
CARA MEMOHON
i. Buat SarawakID dengan mendaftar di https://sarawakid.sarawak.gov.my.
ii. Wujudkan akaun peribadi dalam eRecruitment bagi permohonan pertama kali.
iii. Kemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun dalam eRecruitment.
iv. Memohon jawatan yang diminati berdasarkan kelayakan akademik yang dimililki.
SYARAT KELAYAKAN
Tertakluk kepada jenis jawatan yang dipilih, pemohon diwajibkan memiliki kelulusan seperti butiran berikut :-
i. Jawatan di Bil. 1 –a. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dalam bidang Seni Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ii. Jawatan di Bil. 2 –a. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b. lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan ; atau
c. lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA).
iii. Jawatan di Bil. 3 - Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.iv. Jawatan di Bil. 4 – 7 –
a. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia; atau
b. Sijil Tinggi Agama Malaysia; atau
c. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia; atau
d. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
v. Jawatan Bil.8 – 28 –a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
b. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Tarikh Tutup Iklan : 18 Januari 2025
Iklan dikeluarkan oleh :
Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak