Butiran Pengumuman

 

KURSUS SIJIL PERHUTANAN PENGAWAS HUTAN (FORTRAIN) JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Pemohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang merupakan anak kelahiran Sarawak atau yang bermaustautin di Sarawak atau penduduk tetap Sarawak yang berkelayakan dan berminat untuk memasuki institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), 52100 Kepong, Kuala Lumpur bagi mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan untuk mengisi jawatan Pengawas Hutan, Gred G19 di Jabatan Hutan Sarawak.

 

1)    TEMPOH PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN

(i)    Tempoh pengajian dan kelayakan akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:

 

KURSUS

 

TEMPOH KURSUS

 

KELAYAKAN AKADEMIK

 

Sijil Perhutanan Pengawas Hutan

 

2 semester (Sesi 2024 – 2025)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya serta:

      I.        Kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;

    II.        Lulus mata pelajaran Matematik; dan

   III.        Lulus mana-mana mata pelajaran Sains;

 

(ii)   Calon-calon hendaklah merupakan seorang lelaki berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup.

 

(iii)   Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :

 

·         Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki tanpa bersepatu.

·         Berat badan sekurang-kurangnya 48kg.

·         Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.

·         Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas.

 

2)    PERMOHONAN

Pemohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web :

https://erecruitment.sarawak.gov.my

Sekiranya pemohon memerlukan bantuan untuk mengisi permohonan atas talian, pemohon boleh datang ke alamat di bawah ini;

 

Bahagian Khidmat Pengurusan,

Seksyen Pembangunan Sumber Manusia,

Jabatan Hutan Sarawak

Aras 15, Sayap Kanan, Bangunan Baitul Makmur II,

Medan Jaya, Petra Jaya,

93050 Kuching,

Sarawak.

             Atau

Mana-mana Pejabat Hutan Wilayah di Negeri Sarawak

 

3)    TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 05 Julai 2024 (Jumaat). Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

 

4)    MAKLUMAN

(i)    Calon-calon yang berjaya dipilih untuk mengikuti kursus Sijil Pengawas Hutan adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat latihan yang ditetapkan oleh FORTRAIN dan Kerajaan Sarawak; dan

(ii)   Tawaran akhir jawatan Pengawas Hutan Gred G19 adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan Pengawas Hutan yang berkuatkuasa.

 

5)    PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Seksyen Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Hutan Sarawak, Aras 15, Sayap Kanan, Bangunan Baitul Makmur II, Medan Jaya, Petra Jaya, 93050 Kuching di talian telefon 082-495111 (1524/1560).