Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang merupakan anak kelahiran Negeri Sarawak atau yang bermastautin di Sarawak atau penduduk tetap Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

Bil Jawatan Gred Taraf Jawatan Stesen Kekosongan
1. Arkitek J41 Tetap dan Berpencen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di pelbagai Bahagian di Sarawak
2. Pegawai Tadbir N41
3. Penolong Pegawai Tadbir N29
4. Penolong Pegawai Penilaian W29
5. Penolong Jurutera JA29
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
7. Pembantu Kesihatan Awam U19
8. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19
9. Pegawai Khidmat Pelanggan N19
10. Pembantu Kemahiran H19
11. Pembantu Awam H11
12. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Tetap dan Berpencen Kementerian/ Jabatan/ Pejabat Residen dan Daerah di pelbagai Bahagian di Sarawak
13. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
14. Pembantu Kemahiran H19
15. Pembantu Pentadbir Tanah NT19
16. Pembantu Penyelidik Q19
17. Pembantu Muzium S19
18. Pembantu Perikanan G19
19. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19
20. Jururawat Masyarakat U19
21. Pembantu Penyediaan Makanan N19
22. Pembantu Penguat Kuasa KP19
23. Pembantu Operasi N11
24. Pembantu Awam H11
25. Pengawal Keselamatan KP11

CARA MEMOHON

Semua permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan secara online melalui e-Recruitment. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa melalui system e-Recruitment.

 

Iklan dikeluarkan oleh :

Setiausaha, 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak