Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH PERBADANAN KEMAJUAN PERUSAHAAN KAYU SARAWAK (PUSAKA)

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut di Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).


Bil. Jawatan/Gred Jumlah Kekosongan/Taraf Jawatan
1. Pemelihara Hutan, Gred G41 1 (JBC)
2. Penolong Pemelihara Hutan, Gred G29 2 (Tetap Berpencen/JBC)
3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, Gred E29 6 (Tetap Berpencen/JBC)
4. Penolong Pegawai Latihan, Gred E29 2 (JBC)
5. Penolong Jurutera, Gred JA29 2 (Tetap Berpencen/JBC)
6. Pembantu Ehwal Ekonomi, Gred E19 13 (Tetap Berpencen/JBC)
7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19 6 (Tetap Berpencen/JBC)
8. Pembantu Juruaudit, Gred W19 1 (Tetap Berpencen)
9. Pembantu Operasi, Gred N11 2 (Tetap Berpencen)
10. Pengawal Keselamatan, Gred KP11 3 (JBC)

Semua pemohon hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui sistem e-recruitment, (https://erecruitment.sarawak.gov.my).

Calon-calon WAJIB memuatnaik salinan dokumen - dokumen seperti berikut di bahagian 'Muat Naik Dokumen' dalam sistem e-recruitment:-

  1. Kad Pengenalan (depan & belakang);
  2. Sijil UPSR,PMR dan SPM;
  3. Sijil Diploma & Transkrip Akademik / STPM / Matrikulasi (mana berkaitan);
  4. Sijil Ijazah Sarjana Muda & Transkrip Akademik (jika berkaitan); dan
  5. Lesen Memandu yang sahlaku (untuk jawatan Pemandu sahaja)
Sila pastikan semua dokumen yang dimuatnaik adalah jelas.

Hanya permohonan yang lengkap serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan disenaraikan pendek dan pemohon yang dipilih untuk sesi temuduga sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon-pemohon tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup, permohonan ini dianggap tidak berjaya.


Tarikh tutup permohonan: 5 April 2024. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.