Butiran Pengumuman

 

NOTIS JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak mempelawa warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Jawatan Berasaskan Caruman di jabatan. Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

Bil Jawatan
1. Pegawai Syariah, Gred LS41
2. Penolong Pegawai Syariah, Gred LS29


CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my


NOTA

1.   Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan dimuat naik di dalam sistem e-recruitment.

2.   Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan/ atau Unified Examination Certificate (UEC) hanya diperlukan lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Disember 2023 (Ahad).


Iklan dikeluarkan oleh:

Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak
Tingkat 5, Bangunan Mahkamah Syariah
Anjung Kanan, Jalan Satok
93400 Kuching