Butiran Pengumuman

 

NOTIS JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak, Jabatan Premier Sarawak mempelawa warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Jawatan Berasaskan Caruman/Kontrak. Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

Bil. Jawatan Stesen
1 Pembantu Keselamatan, Gred KP19 Pelbagai jabatan seluruh Sarawak


CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my


SYARAT PERMOHONAN

1.      Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya perlu:-

         a)   Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

         b)   Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

         c)   Memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (mana yang berkenaan) dan mata pelajaran tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.


2.      Bagi pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan dimuat naik di dalam sistem e-recruitment.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2023.


Iklan dikeluarkan oleh:

Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak
Jabatan Premier Sarawak.
Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia
93502 Kuching, Sarawak