Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU (BDA)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan bermastautin di Sarawak, berumur 18 tahun ke atas dari tarikh permohonan, serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan bertaraf Tetap dan Berpencen seperti berikut di LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU (BDA):-

Bil.

Jawatan

Taraf Jawatan

Tarikh Tututp Permohonan

1

Pegawai Tadbir (Pustakawan), Gred N41



Tetap dan Berpencen


 



31 Oktober 2023


 

2

Jurutera, Gred J41

 

CARA MEMOHON

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam adalah dikehendaki mengemukakan permohonan mereka secara online melalui system e-recruitment. (http://erecruitment.sarawak.gov.my)

Jawatan : Pegawai Tadbir (Pustakawan), Gred N41
Syarat Lantikan:
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
     (i)   Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pegajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

     (ii)   Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

     (iii)   Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

(c) Kelayakan Tambahan
     (i)   Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan
     (ii)   Berkemahiran menggunakan komputer dan Microsoft Office (Excel, Words & Powerpoint) dengan baik

Jawatan : Jurutera, Gred J41
Syarat Lantikan:
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
     (i)   Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan

(c) Kelayakan Tambahan
     (i)   Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan.
     (ii)   Berkemahiran menggunakan perisian AUTOCAD dan lain-lain perisian yang berkaitan dengan kejuruteraan.

Catatan Am:

i.             Permohonan yang berikut tidak akan dipertimbangkan:-

a.   tidak lengkap;

b.   tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan; dan

c.   diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan

ii.            Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temu duga.

 

iii.          Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang http://www.bda.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2023

Sumber:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran
Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)