Butiran Pengumuman
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH JABATAN KERJA RAYA NEGERI SARAWAK
Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun adalah dipelawa untuk memohon jawatan di Jabatan Kerja Raya Sarawak seperti berikut:
Bil. |
Jawatan |
Gred |
1. |
Jurutera (Awam) |
J41 |
2. |
Jurutera (Mekanikal) |
J41 |
3. |
J41 |
|
4. |
J41 |
|
5. |
Penolong Jurutera (Awam) |
JA29 |
6. |
Penolong Jurutera (Mekanikal) |
JA29 |
7. |
Penolong Jurutera (Elektrik) |
JA29 |
8. |
JA29 |
|
9. |
JA29 |
|
10. |
JA29 |
CARA MEMOHON
Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan secara online melalui e-Recruitment, dan pemohon juga diwajibkan untuk memuat naik salinan sijil akademik berkenaan bersama transkrip untuk permohonan tersebut.
Semua calon yang memohon hendaklah memperoleh kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan/ atau Unified Examination Certificate (UEC) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
Pegawai bertaraf tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam boleh memohon untuk jawatan tersebut sekiranya mempunyai kelayakan berdasarkan syarat lantikan skim perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan sila layari laman sesawang e-Recruitment.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mac 2023 (Rabu).
Iklan dikeluarkan oleh:
Jabatan Kerja Raya Sarawak