Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH LEMBAGA AIR KUCHING

  Lembaga Air Kuching mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan untuk menyertai organisasi kami ini dalam jawatan seperti berikut:

Bil.

SKIM PERKHIDMATAN/JAWATAN/SEKSEYN

GRED

KLASIFIKASI

JADUAL GAJI

A

Akauntan (Tetap/Kontrak)

WA41

Kewangan

RM2, 820.00- RM9, 585.00

B

Jurutera Awam (Tetap/Kontrak)

J41

Kejuruteraan

RM2, 529.00- RM9, 643.00

C

Penolong Akauntan (Tetap/Kontrak)

W29

Kewangan

RM1, 498.00- RM5, 678.00

D

Penolong Pegawai Tadbir (Tetap/Kontrak)

N29

Pentadbiran Dan Sokongan

RM1, 493.00- RM5, 672.00

E

Pembantu Tadbir (Kewangan) (Tetap/Kontrak)

W19

Kewangan

RM1, 353.00- RM4, 005.00

F

Pembantu Operasi (Tetap/Kontrak)

N11

Pentadbiran Dan Sokongan

RM1, 216.00- RM2, 983.00

Kumpulan Perkhidmatan Jawatan A – B : Pengurusan Dan Profesional

Kumpulan Perkhidmatan Jawatan C – F : Pelaksana

Syarat Lantikan

CARA MEMOHON

  • Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web di alamat https://erecruitment.sarawak.gov.my
  • Pemohon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak tidak perlu mengemukakan permohonan baru sekiranya pendaftaran tersebut masih sah, mereka hanya perlu memohon secara talian (online) dengan nama jawatan.

Keterangan Am:-

Tempoh sahlaku data seseorang pemohon dalam pangkalan data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak ialah selama satu (1) tahun.

Catatan Am:

          Semua pemohon dikehendaki menghantar satu salinan fotostat dokumen seperti berikut:-
1. Salinan maklumat peribadi (e-Recruitment) pemohon beserta dengan nombor ID pemohon;
2. Sekeping gambar beukuran passport;
3. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
4. Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan; dan
5. Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan.

* Sila pastikan nama jawatan yang dipohon ditulis di sebelah sudut kanan sampul surat permohonan ini.

Selain daripada permohonan online melalui Sistem e-Recruitment, Calon-calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah mengemukakan permohonan lengkap beserta resume, sijil-sijil akademik dan lain-lain berkaitan ke kwb@kwb.gov.my:-

 

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK

        I.            Tidak Lengkap

      II.            Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan

    III.            Diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga


Kepada:
Pengurus Besar
Lembaga Air Kuching
Jalan Batu Lintang
93200 Kuching

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 November 2022 (Jumaat).

Iklan dikeluarkan oleh:

Lembaga Air Kuching
082-222222