Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak mempelawa warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap/Jawatan Berasaskan Caruman/Kontrak di Jabatan Tanah dan Survei Sarawak seperti berikut:

  Jawatan
(Tetap dan Berpencen/Jawatan Berasaskan Caruman/Kontrak)
1. Penolong Jurutera, JA29
2. Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Gred KP29
3. Pembantu Pentadbir Tanah, NT19
4. Pembantu Awam, H11
5 Pemandu Kenderaan, H11

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my

 
NOTA

1. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan dimuat naik di dalam sistem e-recruitment.

2. Semua Calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan/ atau Unified Examination Certificate (UEC) hanya diperlukan lulus Bahasa Melayu di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Tarikh tutup permohonan adalah pada  31 Januari 2022 (Isnin)

 

Iklan dikeluarkan oleh:

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

Ibu Pejabat