Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH JABATAN BEKALAN AIR LUAR BANDAR SARAWAK

Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun adalah dipelawa untuk memohon jawatan di Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak seperti berikut:


Bil.

Jawatan/ Gred
1. Jurutera (Awam/Mekanikal/Elektrikal), J41
2. Juruukur Bahan, J41
3. Penolong Jurutera (Awam/Mekanikal/Elektrikal), J29

CARA MEMOHON

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan secara online melalui e-Recruitment.

Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan/atau Unified Examination Certification (UEC) hanya diperluaskan lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Untuk makluman lanjut mengenai kekosongan jawatan, pemohon-pemohon boleh menghubungi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Disember 2021.

 

Iklan dikeluarkan oleh:

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak