Butiran Pengumuman
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH JABATAN PERTANIAN SARAWAK
Jabatan Pertanian Sarawak mempelawa warganegara Malaysia yang merupakan anak kelahiran Negeri Sarawak atau yang bermastautin di Negeri Sarawak atau penduduk tetap Negeri Sarawak yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap/Jawatan Berasaskan Caruman/Kontrak di Jabatan Pertanian Sarawak. Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut :
Bil. | Jawatan |
1. | Pegawai Pertanian, Gred G41 |
2. | Pegawai Penyelidik, Gred Q41 |
3. | Pegawai Penyelidik (Perikanan), Gred Q41 |
4. | Juruukur, Gred J41 |
5. | Penolong Pegawai Pertanian, Gred G29 |
6. | Penolong Pegawai Perikanan, Gred G29 |
7. | Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Gred S29 |
8. | Penolong Jurutera (Mekanikal), Gred JA29 |
9. | Penolong Jurutera (Awam), Gred JA29 |
10. | Penolong Juruukur, Gred JA29 |
CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my
Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Jun 2021.
Iklan dikeluarkan oleh :
Jabatan Pertanian Sarawak
Tingkat 17, Menara Pelita
Jalan Tun Abdul Rahman Yakub
Petra Jaya, 93050 Kuching Sarawak
NOTA
1. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan dimuat naik di dalam sistem e-recruitment.
2. Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan/atau Unified Examination Certificate (UEC) hanya diperlukan lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Jun 2021.
Iklan dikeluarkan oleh :
Jabatan Pertanian Sarawak
Tingkat 17, Menara Pelita
Jalan Tun Abdul Rahman Yakub
Petra Jaya, 93050 Kuching Sarawak