Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH KEMENTERIAN UTILITI SARAWAK

Kementerian Utiliti Sarawak mempelawa warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak) yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) untuk memohon bagi mengisi kekosongan Jawatan Teknikal Tetap dan Berpencen / Kontrak di Kementerian Utiliti Sarawak. Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut :

Bil. Jawatan/ Gred
1. Jurutera, J41
2. Penolong Jurutera, JA29

CARA MEMOHON
 
Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my

NOTA
 
1.       Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing      dan dimuat naik di dalam sistem e-recruitment.
 
2.     Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan/ atau Unified Examination Certificate (UEC) hanya diperlukan lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2021.


Iklan dikeluarkan oleh :

Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Utiliti Sarawak
Tingkat 7, 8, 9 & 10, LCDA Tower
The Isthmus, Off Jalan Bako,
93050 Kuching