Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH SARAWAK MULTIMEDIA AUTHORITY (SMA)

Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun adalah dipelawa untuk memohon jawatan di  SARAWAK MULTIMEDIA AUTHORITY (SMA) seperti berikut:

1. Pegawai Tadbir, Gred N41 (Kontrak/Jawatan Berasaskan Caruman) - 4 kekosongan
2. Pegawai Undang-Undang, Gred L41
 (Kontrak/Jawatan Berasaskan Caruman) - 2 kekosongan
3. Juruaudit, Gred W41 (Kontrak/Jawatan Berasaskan Caruman) - 1 kekosongan
4. Juruukur Bahan, Gred J41  (Kontrak/Jawatan Berasaskan Caruman)  - 1 kekosongan
5. Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29  (Kontrak/Jawatan Berasaskan Caruman) - 1 kekosongan
6. Penolong Pegawai Undang-Undang, Gred L29 (Kontrak/Jawatan Berasaskan Caruman) - 2 kekosongan
7. Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W19   (Kontrak/Jawatan Berasaskan Caruman)  - 1 kekosongan
8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19 (Kontrak/Jawatan Berasaskan Caruman) - 2 kekosongan
9. Pembantu Awam, Gred H11 (Kontrak/Jawatan Berasaskan Caruman) - 1 kekosongan

CARA MEMOHON

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan secara online melalui e-Recruitment.

Untuk makluman lanjut mengenai kekosongan jawatan, pemohon-pemohon boleh menghubungi SARAWAK MULTIMEDIA AUTHORITY (SMA)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 Mac 2021

 

Iklan dikeluarkan oleh:
SARAWAK MULTIMEDIA AUTHORITY (SMA)