Butiran Pengumuman

 

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH LEMBAGA AIR KUCHING

Lembaga Air Kuching mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. 
Jurutera (Awam), Gred J41 - 3 kekosongan (Kontrak)
2. Jurutera (Mekanikal), Gred J41 - 1 kekosongan (Kontrak)
3. 
Jurutera (Elektrikal), Gred J41 - 1 kekosongan (Kontrak)
4. Pembantu Penguat Kuasa, Gred KP19 - 1 kekosongan (Tetap) 

 

Cara Memohon
(i)  Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara talian (online) melalui laman web e-Recruitment.
(ii) 
Pemohon yang telah berdaftar dalam e-Recruitment tidak perlu mengemukakan permohonan baru sekiranya pendaftaran tersebut masih sah.

Catatan Am:

Semua pemohon dikehendaki menghantar satu salinan fotostat dokumen (yang telah disahkan) seperti berikut:
(i) 
Salinan Maklumat Peribadi (e-Recruitment) pemohon;
(ii) 
Sekeping gambar berukuran passport;
(iii) 
Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
(iv) 
Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan; dan
(v) 
Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan.

 * Sila pastikan nama jawatan yang dipohon ditulis di sebelah sudut kanan sampul surat permohonan ini.

Kepada: 
PENGURUS BESAR
LEMBAGA AIR KUCHING
JALAN BATU LINTANG
93200 KUCHING.

 

Pemohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
(i) 
Tidak lengkap
(ii) 
Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan
(iii) 
Diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

 

Tarikh tutup permohonan: 02 Februari 2021 (Selasa)

 

Iklan dikeluarkan oleh : 

Lembaga Air Kuching