e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PENGAWAS HUTAN, GRED G11
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Taraf Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan SOKONGAN Klasifikasi Perkhidmatan PERTANIAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji G11  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM832.00 Gaji Maksimum : RM2,657.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran serta Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah perhutanan kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

b) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran serta Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam Khas (PRAK) (Pekerja Hutan), Pembantu Am Rendah adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pengawas Hutan Gred G11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau

(b) (i) mempunyai Sijil Perhutanan (Pengawas Hutan) daripada Sekolah Latihan Perhutanan Kerajaan atau Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(ii) lulus peperiksaan yang berkaitan yang ditetapkan oleh ketua jabatan; dan

(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. 
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pengawas Hutan, Gred G11, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT