e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan SETIAUSAHA PEJABAT
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Taraf Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan SOKONGAN Klasifikasi Perkhidmatan PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji N27  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM1,362.00 Gaji Maksimum : RM5,092.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) i. Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]

ii. Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]

iii. kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pembantu Setiausaha Pejabat, Gred N27/N28 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Setiausaha Pejabat, Gred N28 yang kosong apabila telah:-

(i) disahkan dalam perkhidmatan;
(ii) mempunyai kelayakan di perenggan (a)(i) atau (ii);
(iii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(iv) lulus ujian kemahiran tahap asas pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan;
(v) melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(vi) diperakukan oleh Ketua Jabatan 
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Setiausaha Pejabat, Gred N27, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT