e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Taraf Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan SOKONGAN Klasifikasi Perkhidmatan PERTANIAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji G27  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM1,363.85 Gaji Maksimum : RM5,094.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i. diploma dalam bidang perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,738.86 ]

ii. Diploma dalam bidang Sains Nautika yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,738.86 ]

iii. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perikanan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkeaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Perikanan Gred G27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i. mempunyai kelayakan di atas ; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. 
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Perikanan, Gred G27, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT