e-Recruitment Portal
 
 
[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Taraf Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan SOKONGAN Klasifikasi Perkhidmatan KEJURUTERAAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji JA29  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM1,418.00 Gaji Maksimum : RM5,121.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i. Sijil dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,418.00 ]

ii. Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,826.02 ]

iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i. mempunyai kelayakan di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. 
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Gred J29, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT