[ ]    Laman Utama    
 
Skim Perkhidmatan
 
    Kembali  
Jawatan PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
Taraf Jawatan TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Taraf Jawatan
Kumpulan Perkhidmatan SOKONGAN Klasifikasi Perkhidmatan PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji N17  Jadual Gaji Gaji Minimum : RM928.00 Gaji Maksimum : RM3,375.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM95.00 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.

[Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer];
[ Gaji Permulaan : RM983.43 ] dan

b. kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pembantu Setiausaha Pejabat, Gred N17 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat, Gred N22 yang kosong apabila telah:-

(i) disahkan dalam perkhidmatan;
(ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(iii) lulus ujian kemahiran tahap asas pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan;
(iv) melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(v) diperakukan oleh Ketua Jabatan 
Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat, Gred N17, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 

 
    DASAR PRIVASI   |   TERMA DAN SYARAT